Barangsiapa yang mendapati suatu perselisihan, maka ia harus berpegang dengan Sunnah Nabi shallalla

  • Saya tidak mengatakan diri saya sebagai seorang ahli 'ilmu karena memang saya bukanlah ahlu 'ilmu, melainkan hanya penuntut 'ilmu . maka Janganlah engkau MENIMBA dan BERTANYA tentang 'ilmu kepadaku. Janganlah pula jadikan postingan-postingan saya sebagai rujukan 'ilmu bagi kalian. Tapi timbalah dan tanyalah 'ilmu kepada ahlinya. Apa-apa yang kupostingkan di website ini yang berisikan kebenaran, maka terimalah. Apa-apa yang bertentangan dengan kebenaran, maka tolaklah, dan luruskanlah dengan 'ilmu dan hujjah.

Bukti Cinta

Di antara tanda cinta kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bid’ah, karena setiap bid’ah adalah sesat.

(Tafsiir Ibni Katsiir I/384)

Kamis, 28 Juni 2012

Jagalah Allah, Niscaya Allah jaga kamu



عَنْ عبدِ الله بنِ عبَّاسٍ رضي الله عنهما قالَ : كُنتُ خَلفَ النَّبيِّ - صلى الله عليه وسلم - فقال :(( يا غُلامُ إنِّي أعلِّمُكُ كَلماتٍ : احفَظِ الله يَحْفَظْكَ ، احفَظِ الله تَجِدْهُ تجاهَكَ ، إذا سَأَلْت فاسألِ الله ، وإذا استَعنْتَ فاستَعِنْ باللهِ ، واعلم أنَّ الأُمَّةَ لو اجتمعت على أنْ ينفعوك بشيءٍ ، لم ينفعوك إلاَّ بشيءٍ قد كَتَبَهُ الله لكَ ، وإنِ اجتمعوا على أنْ يَضرُّوكَ بشيءٍ ، لم يضرُّوك إلاَّ بشيءٍ قد كتبهُ الله عليكَ ، رُفِعَتِ الأقلامُ وجَفَّتِ الصُّحُفُ .
                                 [رواه الترمذيُّ ، وقال : حديثٌ حسنَ صَحيحٌ ]


Maksud hadith:

Dari Abdullah bin Abbas –radiyallahu anhuma- telah berkata: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamu. Jagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah di tetapkan takdir-takdir.          [HR Al-Tirmiziy –Dan beliau berkata: hadith ini Hasan soheh]

Pengajaran hadith:

1.      Abdullah bin Abbas ketika kisah ini berlaku  masih kecil iaitu kurang dari sepuluh tahun. Ketika ini beliau menaiki unta bersama Rasulullah s.a.w. di bahagian belakang.
2.      Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w.  mesra kanak-kanak. Walaupun baginda seorang pemimpin agung dan RasuluLLah, tetapi baginda tidak segan untuk berkenderaan bersama kanak-kanak bahkan baginda pernah solat sambil mendukung cucu baginda Umamah. Baginda juga berhenti   berkhutbah apabila melihat cucu-cucunya Hasan dan Husin merangkak, lalu turun dari mimbar untuk mengambil dan mendukung mereka sambil meneruskan khutbah.
3.      Rasulullah s.a.w. adalah murabbi yang terbaik, baginda tidak pernah membuang masa dan peluang yang ada melainkan akan menggunakannya untuk mengajar dan mendidik manusia.
4.      Waktu dan peluang yang paling sesuai dan berkesan untuk mendidik ialah ketika kanak-kanak iaitu ketika jiwa kanak-kanak masih bersih dari kekotoran dan hati  masih lembut.
5.      Proses pendidikan tidak semestinya berlaku secara formal atau di dalam kelas atau masjid sahaja. Tetapi ia boleh berlaku secara informal tanpa mengira waktu atau tempat. Ketika berkenderaan, ketika makan, ketika sedang solat, ketika berkhutbah, di waktu tengah malam dan sebagainya.
6.      Perkara yang asas dan paling penting dalam pendidikan ialah akidah. Rasulullah mengajar kanak-kanak akidah yang penting iaitu jaga hukum Allah, maka Allah akan jaga keselamatan dan keamanan kamu.
7.      Hadith ini merangkumi asas-asas penting dalam agama sehingga kata sebahagian ulama: Aku memerhati dalam hadith ini, maka ianya sungguh menakjubkan dan hampir-hampir menjadikan aku bingung. Oh alangkah dukacitanya disebabkan kejahilan dan kurangnya kefahaman manusia tentang maksud hadith ini.
8.      Maksud  "Jagalah Allah .." ialah jaga segala hukum agama dengan mengikut segala  perintah Allah dan meninggal segala larangan-Nya.. Barangsiapa yang melaksanakan perintah Allah dan meninggal segala larangan-Nya setakat yang termampu, maka ia akan di jamin keselamatan hidupnya, keluarganya, hartanya dan yang lebih penting daripada semua itu ialah imannya akan di jaga oleh Allah dalam apa keadaan sekalipun.
9.      Antara hukum Allah yang paling besar dan penting di pelihara ialah solat. Firman Allah ta'ala yang bermaksud :
" Jagalah kamu akan solat lima waktu dan solat pertengahan".
          [Al-Baqarah:238]
Sabda Rasulullah s.a.w. :Barangsiapa yang memelihara solat lima waktu, adalah baginya di sisi Allah janji untuk memasukkannya ke dalam syurga.  [HR Ahmad, Abu Daud, Al-Nasai'e, Ibn majah dan sohehkan oleh Ibn Hibban].
10.  Wajib juga menjaga anggota badan daripada melakukan perkara yang haram khususnya dua anggota utama iaitu mulut dan kemaluan (nafsu syahwat). Sabda Rasulullah s.a.w. :Barangsiapa menjaga apa yang di antara dua janggutnya (mulut) dan apa yang di antara dua kakinya (kemaluan), maka ia pasti  masuk syurga.
                        [Hadith soheh-Riwayat Al-Hakim, Al-Tirmiziy dan Ibn Hibban]
11. Wajib menjaga mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang haram. Firman Allah ta'ala yang bermaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka (daripada melihat perkara haram) dan hendaklah mereka menjaga kemaluan-kemaluan mereka.  [Al-Nur :30]
            Firman Allah ta'ala yang maksudnya:
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati-hati kesemuanya akan di persoalkan (tentang peranan masing-masing). [Al-Baqarah:235]
12. Maksud  "Allah menjaga kamu.."  ialah : Barangsiapa yang menjaga batas-batas agama, hak-hak Allah maka Allah akan menjaga dirinya, anak isteri, harta bendanya dan lebih penting daripada itu ialah Allah menjaga agama dan imannya.
13. Antara contoh-contoh mereka yang di jaga oleh Allah di semua keadaan ialah:.
i.                    Kisah Ashabul Kahf  yang tidur dengan nyenyak dan aman selama 390 tahun di dalam gua bersama anjing dan mereka ketika itu sedang di buru oleh musuh.
ii.                 Kisah Hajar dan Anaknya Nabi Ismail –alayhissalam-  yang di tinggalkan oleh Nabi Ibrahim –alayhissalam- di bumi yang kering kontang, tidak ada tempat tinggal, manusia, tumbuh-tumbuhan, makanan dan air. Tetapi mereka selamat di beri rezeki dan di jaga oleh Allah.
iii.               Kisah Nabi Yusof –alayhissalam- yang di campak ke dalam telaga oleh adik beradiknya ketika berumur 12 tahun, kemudian di pungut oleh pedagang dan di jual sebagai hamba, lalu di beli oleh al-Azizi (pembesar Negara). Setelah menjadi budak suruhan beliau di fitnah oleh isteri al-Aziz tetapi di pelihara oleh Allah dari fitnah tersebut. Friman Allah ta'ala yang bermaksud:
"….Demikianlah  (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusof perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan  keji, kerana sesungguhnya ia adalah dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.  [Yusof: 24]
Friman Allah ta'ala yang bermaksud:
"…….Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan nikmat-Nya ke atas kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan  pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.    [Yusof: 90]   
iv.               Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar r.a. di pelihara oleh Allah daripada kejahatan musyrikin Makkah ketika berada dalam gua Thur bahkan Nabi s.a.w. merasa tenang dan selamat walaupun musuh berada di luar pintu gua. Firman Allah ta'ala:
Maksudnya : " Ketika mana Ia berkata kepada sahabatnya : Janganlah kamu bersedih kerana Allah bersama (menjaga) kita. [Al-Taubah:40]
14.  Antara contoh mereka yang tidak di jaga fizikalnya tetapi di jaga imannya ialah kisah Umar al-Khottob di saat kematiannya ketika di tikam, beliau masih mampu membaca ayat al-Quran dan bertanya tentang solat orang ramai seterusnya beliau mendirikan solat dan akhirnya beliau di beri syahid oleh Allah.

  1.  Kata  Mujahid: Tidak ada seorang hamba pun melainkan ada seorang malaikat yang menjaganya ketika tidur dan ketika sedarnya daripada jin, manusia dan binatang. Maka tidak datang sesuatu pun kepadanya  melainkan malaikat akan berkata: Itu di belakang kamu kecuali apa yang telah di di izinkan Allah. 
  2.  
16.       Rasulullah s.a.w juga tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau ‘afiah (keselamatan) di dunia dan di akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kemaafan dan ‘afiah (keselamatan) pada agamaku, duniaku, ahli keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupkanlah auratku (keaibanku), amankanlah ketakutanku, peliharalah aku sama ada dari hadapanku, belakangku, kananku, kiriku dan atasku. Dan aku berlindung dengan kekuasaan-Mu daripada aku dikhianati daripada bawahku.” [Riwayat Ahmad]
17.       Allah s.w.t akan menjaga hamba mengikut kadar kesolehannya (kebaikannya di dunia) selepas dia mati pada zuriatnya sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta’ala: “Dan ibubapa mereka berdua adalah orang yang soleh…” [Al-Kahfi: 82] yang bermaksud: Mereka berdua dipelihara disebabkan kesolehan ibubapa mereka. Sa’id bin al-Musayyib berkata kepada anaknya: Aku akan tambahkan solat demi kerana engkau, dengan harapan aku dipelihara kerana engkau. ‘Umar bin Abdul Aziz berkata: Tidak ada seorang mu’min pun yang mati melainkan Allah akan menjaganya dan keturunannya selepas kematiannya.
18.       Maksud jagaan Allah: Allah akan menjaga agama dan iman hamba-Nya, dan Dia akan menjaga kehidupannya daripada terjebak ke dalam perkara yang syubhat dan menyesatkan, dan daripada syahwat yang haram, dan menjaga agamanya ketika dia mati, kemudian Allah mematikan dia di dalam iman.
19.       Di dalam al-Sahihain yang diriwayatkan oleh al-Barra’ bin al-‘Azib, Nabi s.a.w memerintahkannya untuk berdoa ketika hendak tidur: “Sekiranya Engkau pegang jiwaku maka rahmatilah ia. Sekiranya Engkau lepaskannya maka peliharalah ia sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.”
20.       Nabi s.a.w pernah mengajar ‘Umar di dalam satu hadith: “Ya Alla, peliharalah aku dengan Islam sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau ketika tidur. Dan janganlah Engkau tundukkan musuh atau orang yang dengki kepadaku.” [Riwayat Ibnu Hibban di dalam Sahihnya]
21.       Nabi s.a.w mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang ingin bermusafir dengan berdoa: “Aku berdoa semoga Allah menjaga agamamu, amanahmu dan kesudahan amalanmu.” [Riwayat al-Nasa’ie]
22.       Secara kesuluruhannya, Allah akan menjaga orang mu’min yang menjaga segala batas-batas agama yang telah ditentukan oleh-Nya, dan menghalang dirinya daripada tertipu dengan segala perkara yang boleh merosakkan agamanya, sebagaimana dalam kisah Nabi Yusuf ‘alayhissalam:
Demikianlah Kami menjauhkan dirinya daripada kejahatan dan perkara yang keji. Sesungguhnya dia termasuk daripada hamba-hamba Kami yang ikhlas.” [Yusuf: 24]
23.       Kata Ibnu Abbas ketika mentafsirkan firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya Allah menghalang di antara seseorang itu dan hatinya…” [Al-Anfal: 24], iaitu: Allah menghalang antara orang mu’min dengan perkara maksiat yang boleh mengheretnya ke Neraka.
24.       Maksud “Jagalah Allah nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapan Engkau.” ialah: Sesungguhnya siapa yang menjaga batas-batas Allah, dan menjaga hak-hak-Nya, nescaya dia akan mendapati Allah bersamanya dalam setiap keadaan. Dia akan meliputinya (dengan rahmat), menolongnya, menjaganya dan meringankan (beban-bebannya), firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang yang selalu membuat kebaikan.” [Al-Nahl: 128]
Qatadah berkata: Siapa yang bertaqwa pada Allah, Dia akan ada bersamanya. Dan siapa yang Allah ada bersamanya, maka dia akan bersama dengan kumpulan tentera yang tidak akan kalah, pengawal yang tidak akan tidur, dan pemberi hidayah yang tidak akan menyesatkan.
25.       Kebersamaan yang khusus ini juga membawa kepada bantuan, pertolongan dan jagaan daripada Allah. Maka barangsiapa yang menjaga Allah, menjaga hak-hak-Nya, dia akan mendapati-Nya di hadapannya dalam setiap keadaan, sebagaimana di dalam hadith: “Sebaik-baik iman ialah seseorang hamba itu dia mengetahui bahawa Allah sentiasa bersamanya (melihatnya) di mana sahaja ia berada.”
26.       Ini bermakna kenalnya seseorang hamba itu kepada Tuhannya terbahagi kepada dua:
·        Kenal Tuhannya secara umum, iaitu kenal dengan membenarkan Allah dan beriman dengan-Nya.
·        Kenal dengan khusus: Iaitu cinta kepada Allah secara keseluruhannya, hidup semata-mata kerana-Nya, sentiasa merasai di temani-Nya, tenang apabila berzikir kepada-Nya, malu kepada-Nya, merasai kehebatan-Nya. Kata sebahagian ulama: Orang-orang yang miskin di dunia ialah mereka yang keluar daripada dunia tanpa merasai kemanisan yang terbaik di dunia,lalu di tanya: Apakah kemanisan itu? Jawabnya: Iaitu ma’rifatulLah Azza wa Jalla.

Tidak ada komentar:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya ( An Nisa : 48)"

Nasehat Imam Empat Mazhab," Jangan fanatik kepada kami "!

Imam Abu Hanifah (Imam Mazhab Hanafi)
Beliau adalah Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit yang dilahirkan pada tahun 80 Hijriyah. Beliau berkata,

1. “Apabila hadits itu shahih, maka hadits itu adalah madzhabku.” (Ibnu Abidin di dalam Al- Hasyiyah 1/63)

2. “Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145) Dalam riwayat yang lain dikatakan, “Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku.” Di dalam sebuah riwayat ditambahkan, “Sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataan pada hari ini dan meralatnya di esok hari.”

3. “Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah ta’ala dan kabar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tinggalkanlah perkataanku.” (Al-Fulani di dalam Al- lqazh, hal. 50)

Imam Malik (Imam Mazhab Maliki)
Beliau adalah Malik bin Anas, dilahirkan di Kota Madinah pada tahun 93 Hijriyah. Beliau berkata,

1. “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah.” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)

2. “Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Shallallahu alaihi wa sallam.” (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)

3.Ibnu Wahab berkata, “Aku mendengar bahwa Malik ditanya tentang hukum menyela-nyelan jari di dalam berwudhu, lalu dia berkata, ‘Tidak ada hal itu pada manusia’. Maka aku meninggalkannya hingga manusia berkurang, kemudian aku berkata kepadanya, ‘Kami mempunyai sebuah sunnah di dalam hal itu’. Maka Imam Malik berkata, ‘Apakah itu?’ Aku berkata, ‘Al Laits bin Saad dan Ibnu Lahi’ah dan Amr bin Al-Harits dari Yazid bin Amr Al ¬Ma’afiri dari Abi Abdirrahman Al-Habli dari Al Mustaurid bin Syidad Al-Qirasyi telah memberikan hadist kepada kami, ia berkata, ”Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menggosok antara jari-jemari beliau dengan kelingkingnya.” Maka Imam Malik berkata, ‘Sesungguhnya hadist ini adalah hasan, aku mendengarnya baru kali ini.’ Kemudian aku mendengar beliau ditanya lagi tentang hal ini, lalu beliau (Imam Malik) pun memerintahkan untuk menyela-nyela jari-jari.” (Mukaddimah Al-Jarhu wat Ta’dil, karya Ibnu Abi Hatim, hal. 32-33)

Imam Asy-Syafi’i (Imam Mazhab Syafi’i)
Beliau adalah Muhammad bin idris Asy-Syafi’i, dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 H. Beliau rahimahullah berkata,

1. “Tidak ada seorang pun, kecuali akan luput darinya satu Sunnah Rasulullah. Seringkali aku ucapkan satu ucapan dan merumuskan sebuah kaidah namun mungkin bertentangan dengan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka ucapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam itulah pendapatku” (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir,15/1/3)

2. “Kaum muslimin telah sepakat bahwa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya, hanya karena mengikuti perkataan seseorang.”
(Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal.68)

3. ”Jika kalian mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.” (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam,3/47/1)

4. ”Apabila telah shahih sebuah hadist, maka dia adalah madzhabku. ” (An-Nawawi di dalam AI-Majmu’, Asy-Sya’rani,10/57)

5. “Kamu (Imam Ahmad) lebih tahu daripadaku tentang hadist dan para periwayatnya. Apabila hadist itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku apapun ia adanya, baik ia dari Kufah, Bashrah maupun dari Syam, sehingga apabila ia shahih, aku akan bermadzhab dengannya.” (Al-Khathib di dalam Al-Ihtijaj bisy-Syafi’I, 8/1)

6. “Setiap masalah yang jika di dalamnya terdapat hadits shahih dari Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam menurut para pakar hadits, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Hilyah 9/107, Al-Harawi, 47/1)

7. ”Apabila kamu melihat aku mengatakan suatu perkataan, sedangkan hadist Nabi yang bertentangan dengannya adalah hadits yang shahih, maka ketahuilah, bahwa pendapatku tidaklah berguna.” (Al-Mutaqa, 234/1 karya Abu Hafash Al-Mu’addab)

8. “Setiap apa yang aku katakan, sedangkan dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam terdapat hadist shahih yang bertentangan dengan perkataanku, maka hadits nabi adalah lebih utama. Olah karena itu, janganlah kamu taklid mengikutiku.” (Ibnu Asakir, 15/9/2)

9. “Setiap hadits yang shahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam maka hal itu adalah pendapatku walaupun kalian belum mendengarnya dariku” (Ibnu Abi Hatim, 93-94)

Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Mazhab Hambali)

Beliau Adalah Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal yang dilahirkan pada tahun 164 Hijriyah di Baghdad, Irak. Beliau berkata,

1. “Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)

2. “Pendapat Auza’i, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan ia bagiku adalah sama, sedangkan hujjah itu hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar (hadits-hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam-wr1)” (Ibnul Abdil Barr di dalam Al-Jami`, 2/149)

3. “Barang siapa yang menolak hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sesungguhnya ia telah berada di tepi jurang kehancuran. ” (Ibnul Jauzi, 182).

Selengkapnya klik DI SINI

Demikianlah ucapan para Imam Mazhab. Masihkah kita taqlid buta kepada mereka, atau taqlid kepada sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?


Ilmu & Amal

Tuntutan ilmu adalah amal & tuntutan amal adalah ilmu . Amal hati/batin dinilai dengan keikhlasan & amal lahir dinilai dengan ketaatan mengikuti sunnah Rasul

Tauhid

“Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: ’Jagalah Allah, niscaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, maka engkau akan mendapati-Nya dihadapanmu. Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa seandainya suatu kaum berkumpul untuk memberi suatu manfaat kepadamu, maka mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yg telah ditetapkan Allah untukmu. Sebaliknya, jika mereka berkumpul untuk memberi suatu kemudharatan kepadamu, maka mereka tidak dapat memberi kemudharatan kepadamu kecuali dengan sesuatu yg telah Allah tetapkan atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran- lembaran telah kering.’” (HR. At-Tirmidzi, dan ia berkata,” Hadist ini hasan shahih). ☛ ☛ ☛ “Jagalah Allah, maka engkau mendapati-Nya dihadapanmu. Kenalilah Allah ketika senang, maka Dia akan mengenalmu ketika susah. Ketahuilah bahwa apa yang luput darimu tidak akan menimpamu, dan apa yang menimpamu tidak akan luput darimu. Ketahuilah bahwa pertolongan itu bersama kesabaran, kelapangan bersama kesempitan, dan bahwa bersama kesulitan ada kemudahan.”(Dalam riwayat selain at-Tirmidzi)

Tes Gannguan Jin Dalam Tubuh

Sesungguhnya syirik itu melenyapkan amalan dan menyebabkan kekal di dalam neraka

Gerakan Sholat Yang Benar

www.loogix.com. Animated gif